Berita Utama

Kunjungi kami untuk mengetahui perkembangan yang berlaku khusus di Sipitang dan kawasan-kawasan sekitarnya dan perkembangan semasa nasional secara amnya.

Perkembangan Politik

Bersama-sama kami untuk mengetahui perkembangan politik semasa secara kritis.

Perkembangan Sukan

Kami menyajikan berita sukan setiap hari. Sila klik link ini untuk mengetahui perkembangan terkini.

Posting Blogger Terpilih

Sipitang Online menyediakan syndikasi suapan (Feed Syndication) yang melibatkan posting-posting yang terpilih dari para blogger hebat Malaysia.

Dunia Hiburan

Sipitang Online menyediakan berita-berita sensasi mengenai artis-artis kita yang paling glamour.

Friday, November 30, 2012

Explain RM40mil 'donation', Sabahans tell Musa Aman

Despite expressing full support for their scandal-ridden chief minister, Sabah Umno delegates generally are in the dark about the RM40 million "political donation" to the state party and they want Musa Aman to personally explain the issue.



Sumber: Sipitang Feed

Thursday, November 29, 2012

Kematian Norikoh, polis minta jangan sebar berita palsu di internet

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini digesa untuk tidak terburu-buru mempercayai sebarang informasi palsu mengenai kes Norikoh Saliwa,16, yang ditemui mati terbaring di tepi jalan berhampiran Kampung Ranau, Kota Marudu baru-baru ini kerana ianya masih dalam siasatan pihak polis.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang menyebarkan fakta salah seumpama kes terbabit kerana tindakan itu bukan sahaja menimbulkan perasaan takut di kalangan masyarakat malah mampu menggugat keselamatan negara.


Hamza berkata, pelbagai andaian termasuklah dakwaan kononnya mangsa telah dirogol dan dibunuh oleh warga Pakistan sepertimana disebarkan menerusi internet haruslah dihentikan segera, kerana ianya mampu menggugat kesejahteraan awam selain mengaibkan keluarga mangsa.


“Sehubungan itu, kita meminta agar semua pihak berhenti menyebarkan sebarang berita yang bercanggah daripada fakta kerana menyebabkan kesejahteraan awam tergugat malah mengaibkan keluarga si mati, sedangkan siasatan berhubung kes ini masih dijalankan.


“Kita akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyebar maklumat itu mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini kelmarin.


Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah, Asisten Komisioner Omar Mamah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Superitendan Saiman Kasran.


Insiden yang berlaku Ahad lalu itu, Norikoh yang berasal dari Kampung Bombong 1, Kota Marudu ditemui mati di tepi jalan Kota Marudu-Kota Kinabalu kira-kira jam 12.50 tengah hari.


Sebelum kejadian, mangsa dan kakaknya, 32, telah pergi menemani adik sepupu mereka yang berusia 15 tahun untuk mencari kerja di sebuah premis menjual perabot di pekan Goshen, Kota Marudu.


Kata Hamza, mereka telah membeli penyambung wayar di kedai berkenaan sebelum keluar minum bersama pengurus premis terbabit di pekan itu.


Jelas beliau lagi, tidak lama kemudian, kakak mangsa memberitahu bahawa mereka telah tertinggal penyambung wayar yang telah dibeli di premis itu dan meminta mangsa pergi mengambilnya.


“Bagaimanapun ekoran ketiadaan pengangkutan, mangsa telah menumpang lori milik pengurus premis berkenaan iaitu seorang lelaki warga Pakistan untuk ke premis itu.


“Sejurus kemudian, mayatnya telah ditemui terbaring di tepi jalan berhampiran Kampung Ranau yang terletak kira-kira dua kilometer dari Pekan Kota Marudu,” kata.


Berikutan penemuan mayat mangsa, lelaki warga Pakistan yang berusia 40an itu telah ditahan polis pada keesokan harinya di premisnya kira-kira jam 10 pagi.


Mengulas lanjut, Hamza berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa yang bekerja sebagai pembantu rumah di Likas di sini.


“Berdasarkan siasatan awal, mangsa mempunyai kecederaan paling nyata di bahagian kepalanya dan kita masih menanti laporan lengkap bedah siasat mayat mangsa untuk mengetahui terdapat kecederaan lain termasuklah bukti dia dirogol atau tidak.


“Kita juga akan menyiasat dari pelbagai aspek tetapi setakat ini kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat,” katanya.






Sumber=Suapan Berita Utama

Maklumat dua rakyat diculik di Lahad Datu telah diserah ke negara jiran

KOTA KINABALU: Gambaran dan maklumat dua rakyat tempatan yang diculik di sebuah ladang kelapa sawit berhampiran Felda Sahabat 15 di Lahad Datu tempoh hari telah diserahkan kepada pihak berkuasa di negara jiran.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus menjalinkan kerjasama serantau bagi menyelesaikan kes terbabit.


“Kita telah menyerahkan gambar mangsa dan juga maklumat mangsa kepada pihak berkenaan di negara jiran, “katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Sabah kelmarin.


Jelas beliau, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai culik yang disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan setakat ini, pihak keluarga mangsa belum menerima sebarang permintaan tebusan daripada suspek.


Dalam kes yang berlaku 14 November lalu itu, lima lelaki bersenjata api dikatakan menculik seorang pengurus ladang dan penolongnya di sebuah ladang sawit, dua kilometer dari pantai berhampiran Felda Sahabat 15, Lahad Datu.


Dalam kejadian jam 3.30 hingga 4.30 petang itu, difahamkan mangsa masing-masing berumur 25 dan 33 tahun bersama dua lagi pekerja di situ sedang sibuk bekerja sebelum diculik sekumpulan lelaki.






Sumber=Suapan Berita Utama

Wednesday, November 14, 2012

'Pengundi Sabah jadi kuasa penentu PRU13'

ULASAN 'Pengundi Sabah adalah kuasa penentu (kingmakers) dalam PRU13 yang akan menentukan siapakah yang akan membentuk Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dan siapakah yang akan menjadi perdana menteri Malaysia'.



Sumber: Suapan Politik

Wednesday, November 7, 2012

Carefree tanpa Jay Jay, tolak tawaran demi semua

KEMUNCULAN kumpulan Carefree baru-baru ini bagaikan berita gembira buat industri, namun selepas dibelek kembali, tiada kelibat vokalis utamanya, Jay Jay.



Sumber: Suapan Hiburan

Friday, November 2, 2012

Sabah Oil Storage Terminal to Be Undertaken by Halim Saad's Armada - TankTerminals.com (press release)







Sabah Oil Storage Terminal to Be Undertaken by Halim Saad's Armada

TankTerminals.com (press release)

October 5, 2012 [The Star Online] - The sources said that a 1,000-acre site at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park has been allocated for this development which would be undertaken by Armada Sdn Bhd beginning next year. A new facility for oil and ...









Sumber: Suapan Sipitang

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More