Berita Utama

Kunjungi kami untuk mengetahui perkembangan yang berlaku khusus di Sipitang dan kawasan-kawasan sekitarnya dan perkembangan semasa nasional secara amnya.

Perkembangan Politik

Bersama-sama kami untuk mengetahui perkembangan politik semasa secara kritis.

Perkembangan Sukan

Kami menyajikan berita sukan setiap hari. Sila klik link ini untuk mengetahui perkembangan terkini.

Posting Blogger Terpilih

Sipitang Online menyediakan syndikasi suapan (Feed Syndication) yang melibatkan posting-posting yang terpilih dari para blogger hebat Malaysia.

Dunia Hiburan

Sipitang Online menyediakan berita-berita sensasi mengenai artis-artis kita yang paling glamour.

Wednesday, May 29, 2013

'Baharui IMM13, pemegang bayar RM1,300 setahun'

RCI SABAH Seorang lelaki yang merupakan pemegang IMM13 selama kira-kira 10 tahun, berkata dia perlu membayar levi RM1,300 untuk memperbaharuinya setiap tahun.



Sumber: Suapan Politik

Ibu mangsa baham buaya harap mayat anaknya ditemui


SEDIH: Mariah tidak dapat menahan perasaan sedih ketika ditemui di rumah mangsa di Sungai Karap, Bakong semalam.



MIRI: Ibu kepada pekerja balak, Irwanshah Radin, 26, yang hilang semasa membuang air besar di Sungai Karap, Bakong malam Sabtu lalu berharap mayat anaknya itu dapat ditemui dalam masa terdekat untuk dikebumikan di Daro.


Mariah Ismail, 49, ibu tunggal kepada 11 anak berkata, Irwanshah amat dekat dengan keluarga terutama adik bongsu perempuannya.


“Saya tidak menduga sama sekali perkara buruk ini berlaku memandangkan saya selalu mengingatkan dia agar tidak menghampiri sungai tersebut,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa terletak kira-kira 50 meter dari tempat Irwanshah dipercayai diheret oleh reptilia berkenaan.


Mariah tiba di sini dari Daro malam Isnin lalu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.


Dalam perkembangan yang sama, beliau memberitahu masih mempertimbang cadangan untuk menggunakan khidmat bomoh yang mempunyai pengalaman untuk mencari mayat anaknya yang sudah dimakan oleh buaya.


“Buat masa ini, saya tidak berani meminta bantuan daripada mana-mana bomoh kerana masih baharu di sini dan tidak biasa de-ngan penduduk dan kawasan ini.


“Namun, jika ada bomoh yang sudi membantu untuk mencari anak saya sudah pasti saya gembira dan menghargainya.


“Saya hanya mahu anak saya dijumpai, walaupun hanya bahagian kaki atau tangan sahaja,” katanya dengan nada sedih.


Mariah menambah, adik-beradik Irwanshah yang lain kini menunggu di Daro.


Sementara itu, Saimah Bakar, 58, berkata mereka kerap melihat buaya yang mempunyai saiz sepanjang lima meter di tebing sungai tersebut.


“Kami selalu diingatkan agar tidak menghampiri sungai tersebut, malah pengurus kami pernah memberi amaran untuk tidak ke sungai itu,” katanya.


Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat yang kini memasuki hari ketiga masih diteruskan dengan bantuan beberapa anggota polis daripada Balai Polis Beluru dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Marudi.






Sumber=Suapan Berita Utama

Monday, May 27, 2013

Skuter trip Keningau-Tenom-Sipitang-Lawas-Limbang-Brunei

Sunday, May 26, 2013

Dua maut, dua parah van langgar treler

Sipitang: Perjalanan pulang empat rakan sekerja dari gereja berakhir dengan tragis apabila dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Jalan Kampung Muaya Sipitang-Tenom, malam kelmarin.



Sumber: Suapan Sipitang

Monday, May 6, 2013

KEPUTUSAN/RESULTS - SABAH: P178: SIPITANG

KEPUTUSAN/RESULTS - SABAHP178: SIPITANG: SABAH: 29,1771. DATUK SAPAWI AMAT WASALI @ AHMAD (BN)..............16,3772. Kamis Daming (SAPP)...................................5053. Ramle Dua @ Ramli Dua Lee (PKR).....................6,908Jumlah pengundi/Turnout...............................24,387Peratus/Percentage......................................83.6%Undi ditolak/Votes rejected ...



Sumber: Sipitang Feed

Sunday, May 5, 2013

Rumah kos rendah kurangkan setinggan di Miri

SUNGAI RAIT: Kerajaan semalam melancarkan Program Perumahan Rakyat (PPR) Lambir di Sungai Rait membabitkan sebanyak 500 unit Rumah Mampu Milik (RMM) teres, tambahan kepada 314 unit rumah dilancarkan di Permyjaya Curtin minggu lalu.


Menteri Perumahan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata, setakat ini Sarawak telah membina 2,800 unit RMM di seluruh negeri bernilai RM514 juta.


“Dengan adanya 500 unit RMM yang baharu ini, kita berharap dapat menampung keperluan Rumah Mampu Milik di sini yang kian meningkat,” katanya pada Majlis PPR Lambir di Sungai Rait semalam.


Beliau yang juga Menteri Pelancongan menambah, projek berkenaan menzahirkan keprihatinan kerajaan untuk menyediakan rumah kos rendah seterusnya mengurangkan masalah setinggan di Miri.


“Kita berharap dapat membina lebih banyak RMM pada masa akan datang di Sarawak iaitu dengan menyasarkan 10,000 unit setiap tahun atau 50,000 unit dalam tempoh lima tahun,” katanya.


Sementara itu, PPRT Lambir mempunyai keluasan rumah kira-kira 700 kaki persegi, lengkap dengan tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu, dapur dan ruang makan dan dijual dengan harga antara RM50,400 hingga RM59,220.


PPRT Lambir ini akan dilengkapi dengan sebuah surau, dewan serba guna, taska, tadika selain medan selera, kawasan hijau dan pasar tamu.


Program PPR ini merupakan projek bagi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) iaitu peruntukan kerajaan persekutuan untuk pelaksanaan bermula dari tahun ini hingga 2015.


Abang Johari menambah, pelaksanaan projek-projek perumahan ini sudah tentu dapat membantu mengatasi masalah kesukaran rakyat memiliki rumah memandangkan harga rumah di bawah PPR adalah jauh lebih rendah daripada harga pasaran melalui subsidi yang diberikan oleh kerajaan.


“Sebagai contoh rumah PPR ini dibangunkan dengan kos RM140,000 seunit namun dijual dengan harga yang jauh lebih rendah iaitu RM50,400 (unit tengah) dan RM59,220 (unit tepi) setelah disubsidi oleh kerajaan sebanyak kira-kira RM89,000,” katanya.


Sementara itu, sebanyak 12 PPR telah diluluskan oleh kerajaan persekutuan dalam Belanjawan 2013, antaranya PPR Lambir (500 unit), Permyjaya Curtin (314), PPR Saratok (68 unit), PPR Sri Aman (123 unit), PPR Kidurong (215 unit) dan PPR Tabuan Melayu (432 unit).


Hadir sama Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin, Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Miri Datuk Sebastian Ting, calon BN Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat, Residen Bahagian Miri Antonio Kahti Galis dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Lawrence Lai.






Sumber=Suapan Berita Utama

Wednesday, May 1, 2013

Limus 'Tulun Tokou' Pikat Hati Pengundi Komuniti Tatana Kuala Penyu - Bernama









Limus 'Tulun Tokou' Pikat Hati Pengundi Komuniti Tatana Kuala Penyu

Bernama

Beliau percaya tiga aspek berkenaan akan menjadi pemangkin dalam usaha mengangkat Kuala Penyu setanding daerah berjiran seperti Beaufort, Papar, Sipitang dan Wilayah Persekutuan Labuan. "Saya mempunyai banyak perancangan untuk kawasan ...









Sumber: Sipitang Feed

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More