Berita Utama

Kunjungi kami untuk mengetahui perkembangan yang berlaku khusus di Sipitang dan kawasan-kawasan sekitarnya dan perkembangan semasa nasional secara amnya.

Perkembangan Politik

Bersama-sama kami untuk mengetahui perkembangan politik semasa secara kritis.

Perkembangan Sukan

Kami menyajikan berita sukan setiap hari. Sila klik link ini untuk mengetahui perkembangan terkini.

Posting Blogger Terpilih

Sipitang Online menyediakan syndikasi suapan (Feed Syndication) yang melibatkan posting-posting yang terpilih dari para blogger hebat Malaysia.

Dunia Hiburan

Sipitang Online menyediakan berita-berita sensasi mengenai artis-artis kita yang paling glamour.

Thursday, January 31, 2013

SEDCOVEST DAPAT PERUNTUKAN RM1.5 JUTA UNTUK KURSUS KEUSAHAWANAN: SEDCOVEST

TAWAU, 31 Jan (Bernama) -- Sedcovest Holdings Sdn Bhd, sebuah agensikerajaan negeri, menerima peruntukan kerajaan negeri berjumlah RM1.55 jutasepanjang tahun lepas bagi melaksanakan kira-kira 80 kursus keusahawanan diseluruh Sabah.Pengerusi Sedcovest Datuk Awang Sham Amit berkata kursus berasaskan ilmudan kemahiran bagi membantu golongan Bumiputera untuk berjaya dalam bidangperniagaan itu ...



Sumber: Sipitang Feed

Thursday, January 24, 2013

Buaya Bujang Suai akhirnya tumpas

MIRI – Seekor buaya ganas yang menjadi buruan selepas membaham seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Kampung Iran Suai sebulan lalu akhirnya berjaya ditangkap dan dibunuh dekat sini semalam.



Sumber=Suapan Berita Utama

Tuesday, January 15, 2013

Buaya Tembaga ditangkap anggota Bomba dan Penyelamat


JAINAL (lima kiri) dan Ahmad Mashur (empat kanan) bergambar bersama dengan pegawai bomba dan penyelamat, dan pegawai Perhilitan Labuan di samping buaya yang berjaya ditangkap itu.



LABUAN: Seekor buaya tembaga telah berjaya ditangkap oleh sepasukan anggota bomba dan penyelamat di Kampung Rancha-Rancha Laut pada jam 12.30 pagi kelmarin.


Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Jainal @Zainal Madasin berkata pusat operasi jabatan bomba dan penyelamat telah menerima panggilan dari pihak polis mengenai kehadiran buaya itu pada jam 11.43 malam sebelumnya.


“Berikutan panggilan polis itu, hasil daripada laporan penduduk Kampung Rancha-Rancha Laut, seramai lapan anggota bomba dan penyelamat yang diketuai oleh pegawai Bilin Panin bergegas ke tempat kejadian.


“Pasukan bomba dan penyelamat kami berjaya menangkap buaya sepanjang 2.5 meter dan berat 40kg itu sekitar jam 12.30 pagi ketika buaya itu sedang menyeberangi jalan di kawasan kampung berkenaan.


“Setelah menyedari kehadiran anggota bomba dan penyelamat, buaya itu cuba unuk ‘menyembunyikan diri’ ke dalam longkang kecil, namun anggota kami berjaya menariknya keluar,” katanya kepada Utusan Borneo kelmarin.


Jainal berkata, ketika buaya itu cuba dikeluarkan dari longkang berkenaan, buaya itu cuba untuk bertindak agresif.


“Saya difahamkan yang penduduk kampung pernah ternampak buaya itu sebelum ini,” katanya.


Beliau turut memaklumkan ada beberapa kawasan di sini yang dikenalpasti menjadi tempat habitat bagi spesis buaya terutamanya kawasan yang terdapat sungai dan paya.


Jainal berkata, kes buaya itu merupakan kes pertama bagi pihak jabatan di sini dan ia merupakan ‘hadiah tahun baharu’ kepada jabatan bomba dan penyelamat di sini dan setakat ini tiada kes kecederaan yang membabitkan buaya itu dilaporkan.


“Buaya ini akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Labuan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.


Manakala, pegawai hidupan liar bagi Jabatan Perhilitan Labuan, Ahmad Mashur Julaihi berkata buaya tembaga itu akan diserahkan kepada pihak Taman Hidupan Liar di Lok kawi, Sabah.






Sumber=Suapan Berita Utama

Thursday, January 10, 2013

LIMA PROJEK UTAMA PETRONAS DI SABAH AKAN MULA BEROPERASI TAHUN INI

KOTA KINABALU, 10 Jan (Bernama) -- Lima projek utama Petronas di Sabah, yangdiumumkan pada 2011, akan mula beroperasi tahun ini, menandakan satu lagikejayaan penting bagi industri minyak dan gas negeri. Projek-projek itu ialah Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Saluran PaipGas Sabah-Sarawak (SSGP), Stesen Janakuasa Kimanis (KPP), Pusat latihanPetroleum Kimanis (KTC), dan pembangunan huluan ...



Sumber: Sipitang Feed

Monday, January 7, 2013

Am : Pengguna Di Labuan Dijangka Nikmati Harga Barangan Lebih Murah Bulan Depan

LABUAN, 7 Jan (Bernama) -- Pengguna di Labuan dijangka mula menikmati harga barangan perlu "lebih murah" pada bulan depan berikutan pelaksanaan diskaun 50 peratus kadar tambang feri.



Sumber=Suapan Berita Utama

Sunday, January 6, 2013

Kejayaan dorong PITSA buka Taska 1Malaysia Qaseh Laila II

KUCHING: Kejayaan mengendalikan cawangan pertama di Jalan Ong Tiang Swee membuatkan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) membuka Taska 1Malaysia Qaseh Laila II di Taman Iwani, Jalan Samariang.


Presiden PITSA, Salmah Ibrahim berkata, pembukaan cawangan baharu itu adalah bagi membantu ibu bapa memperoleh penjagaan bayi berkualiti.


“Cawangan baharu ini akan memulakan operasi pada minggu depan dan dijangka seramai 30 bayi berusia sehingga empat tahun akan ditempatkan di sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Taska 1Malaysia Qaseh Laila II semalam.


Majlis tersebut disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.


Menurut Salmah, kedua-dua cawangan itu akan menyediakan perkhidmatan penjagaan harian dan penjagaan sebelah malam.


“Kita memperkenalkan penjagaan sebelah malam kerana ada di kalangan ibu bapa menghadiri majlis rasmi.


“Ini membuatkan kita rasakan adalah perlu untuk memperkenalkan perkhidmatan ini (sebelah malam) juga,” ujarnya.


Terdapat enam buah Taska 1Malaysia di negeri ini merangkumi Taska Penyayang Mama 1Malaysia Bintulu, Taska Penyayang 1Malaysia Baji Jaya Sarikei, Taska 1Malaysia Qaseh Laila, Taska Penyayang 1Malaysia Rantau Panjang Sibu, Taska Penyayang 1Malaysia Miri dan Taska 1Malaysia Qaseh Laila II.






Sumber=Suapan Berita Utama

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More