Sunday, January 6, 2013

Kejayaan dorong PITSA buka Taska 1Malaysia Qaseh Laila II

KUCHING: Kejayaan mengendalikan cawangan pertama di Jalan Ong Tiang Swee membuatkan Persatuan Ibu Tunggal Sarawak (PITSA) membuka Taska 1Malaysia Qaseh Laila II di Taman Iwani, Jalan Samariang.


Presiden PITSA, Salmah Ibrahim berkata, pembukaan cawangan baharu itu adalah bagi membantu ibu bapa memperoleh penjagaan bayi berkualiti.


“Cawangan baharu ini akan memulakan operasi pada minggu depan dan dijangka seramai 30 bayi berusia sehingga empat tahun akan ditempatkan di sini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Taska 1Malaysia Qaseh Laila II semalam.


Majlis tersebut disempurnakan Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah.


Menurut Salmah, kedua-dua cawangan itu akan menyediakan perkhidmatan penjagaan harian dan penjagaan sebelah malam.


“Kita memperkenalkan penjagaan sebelah malam kerana ada di kalangan ibu bapa menghadiri majlis rasmi.


“Ini membuatkan kita rasakan adalah perlu untuk memperkenalkan perkhidmatan ini (sebelah malam) juga,” ujarnya.


Terdapat enam buah Taska 1Malaysia di negeri ini merangkumi Taska Penyayang Mama 1Malaysia Bintulu, Taska Penyayang 1Malaysia Baji Jaya Sarikei, Taska 1Malaysia Qaseh Laila, Taska Penyayang 1Malaysia Rantau Panjang Sibu, Taska Penyayang 1Malaysia Miri dan Taska 1Malaysia Qaseh Laila II.






Sumber=Suapan Berita Utama

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More