Saturday, April 30, 2016

LAHAD DATU: Polis menahan sembilan lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dalam kes curi dan melapah haiwan peliharaan lembu dan kerbau, di dua kawasan ladang sekitar daerah ini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata, bertindak atas tiga laporan yang diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Lahad Datu yang diketuai Insp Abdul Mutalib Harun melaksanakan Ops Kesan/Ops Cantas Khas dan berjaya menahan seorang lelaki kerana disyaki menjadi pembeli daging curi. Katanya, suspek yang berusia 36 tahun itu berjaya ditahan kira-kira jam 8.30 pagi Isnin lalu di kawasan perumahan PPRT. “Bertindak atas maklumat dan pendedahan daripada tangkapan awal, pihak melancarkan satu lagi serbuan awal pagi kelmarin (Rabu) di kawasan sama dan menahan lapan suspek lelaki warga tempatan berusia 23 hingga 46 tahun, kerana disyaki terlibat,” katanya. Katanya, turut dirampas dua motosikal yang dipercayai dicuri. Menurut Hamzah, modus operandi ketiga-tiga kes terbabit adalah suspek bertindak mencuri lembu dan kerbau yang tidak dijaga pada waktu malam dan menyembelih haiwan berkenaan tidak jauh daripada kawasan ia dicuri. “Selepas mencuri dan menyembelih, suspek hanya mengambil bahagian daging sahaja dan meninggalkan bangkai kepala, ekor dan perut di lokasi kejadian, kesemua hasil curi kemudian dijual bagi mendapatkan wang,” katanya. Katanya, dengan kejayaan itu, polis percaya telah menyelesaikan tiga kes melibatkan kejadian curi lembu dan kerbau di daerah ini. Beliau berkata soal siasat lanjut ke atas suspek diteruskan kerana pihaknya yakin kumpulan itu bergiat aktif sejak pertengahan tahun 2015 dan percaya ada kejadian tidak dilaporkan kepada polis. “Saya mohon kepada mana-mana penduduk yang ada kehilangan haiwan peliharaan lembu atau kerbau supaya tampil bagi membuat laporan,” katanya. Hadir sama dalam sidang media itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Lahad Datu ASP Ladamah Sulaiman.

KENINGAU: Tiga pelancong dari negara Ireland, Australia dan Perancis kini sedang mengembara ke seluruh dunia dengan hanya menggunakan basikal. Salah seorang pelancong, William Bennett, 26, dari Limeoick, Ireland berkata beliau telah mengembara sejak Januari 2015 dari negaranya dan pada Rabu lepas beliau baharu sahaja tiba di Lawas, seterusnya melalui jalan Sipitang-Tenom-Keningau dan akan ke Tawau […]

Sumber: Suapan Sipitang

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More