Thursday, April 4, 2013

Lahad Datu : 'Datuk Seri' Clarence Ditahan Polis

alt


Lahad Datu 4 April - Seorang lagi individu bergelar 'Datuk Seri' yang dikehendaki polis ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu ditahan polis malam tadi.



Penangkapan Datuk Seri Clarence Luing Karl @ Muhammad Khali disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.



Clarence ditahan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu kira-kira jam 10.30 malam tadi.



Sebelum ini seorang individu yang juga bergelar Datuk Seri ditahan polis bagi kes yang sama.



Beliau, Datuk Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman merupakan Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia ditahan reman polis selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya 1 April lalu.



Kiriman wang oleh Ridzwan ke Sulu menimbulkan prasangka penglibatan beliau dengan aktiviti pengganas Kiram namun ianya dinafikannya dengan menyatakan kiriman wang tersebut adalah bagi membantu masyarakat Islam di Sulu yang hidup dalam kedaifan.



Dalam perkembangan yang berkaitan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan lima Balai Polis bergerak di lima buah kampung sekitar Lahad Datu mulai esok.



Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Tan Kok Liang mendekatkan lagi penduduk dengan pihak polis dan memudahkan kerja melapor serta memberi maklumat kepada polis.






Sumber=Suapan Berita Utama

0 comments:

Post a Comment

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More